31 Oct 2012

Kesalahan dalam solat tanpa disedari kita



Assalammualaikum w.b.t

Dah lepas dah pun raya aidiladha kan? kejap jea.Siapa sini posa arafah hari tu??cuba angkat kening??hehe..tahniah kepada anda , anda sekalian yang berpuasa hari tu kerana anda , anda adalah insan yang bertuah dan inshaAllah mendapat keberkatan daripadaNya :) 

Little evidence 

Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda : 
 “Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)
 Daripada Sayyidatina Aisyah telah berkata :
'Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah' – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

Sesungguhnya,orang berpuasa pada hari arafah Allah s.w.t menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepasnya. Hari nie tyra nak share sikit dengan korang pasal kesalahan2 semasa solat yang sering kita buat tanpa kita sedar.Take note ok !  Solat ni tak boleh dibuat main.Perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah s.w.t di akhirat nanti adalah solah(solat). Kalau solat pun ala kadar,main-main macam mana nak berjaya akhirat?ya tak?

Antara kesalahan semasa solat :

 Tidak  berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri.

 Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

 Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:


“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?” “Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)

 Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:


“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)


 Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.

 Lafaz  salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

 Tangan berayun-ayun semasa iktidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.

 Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.

 Dada berpaling dari kiblat


Berusahalah menjaga solat.Solat diawal waktu,bila dengar jea azan terus ambil wuduk,solat.Perbaiki mana-mana yang salah  , rukun qauli yang mana tak terbuat tanpa sedar. 





note kayangan  : Catatan untuk diriku dan untukmu. Moga catatan ini menjadi pendoman kepada anda , kepada yang ingin berubah, moga mendapat redhaNya.InshaAllah. 





No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum!
Komen di sini OK!
Thanks sudi blogwalking ^_^

 
 photo q13_zpsop67oge3.png