10 Nov 2012

islam vs cara 1/2 islam.Mana satu pilihan?



Assalammualaikum w.b.t

hello guys ^^

Tyra ada good news kepada anda-anda sekalian.(nak bagitau result latuu..)okeh.yeah.alhamdulillah..selepas apa yang tyra lakukan untuk final exam,tyra bersyukur sangat. *muka happy*even tak dapat pun capai anugerah DEKAN.kan3.. alhamdulillah sebab tak ada repeat(memang menyusahkan hidup kalau repeat2 nie) apa yang boleh cakap LU only. tapi pointer?? haa..the secreto lea..heheh.

Okeh.full stop pasal result final exam.tyra nak kongsi pasal tajuk kita hari ini.'Islam vs 1/2 Islam.dalam 'kurungan' fashion atau fesyen.Yalah dalam tyra menghadapi hidup-hidup berliku di dunia nie pada zaman nie.Macam - macam fesyen yang entah apa-apa.yang bagi tyra teramatlah pelik * muka super dumper pelik*nyek3.. contohnya macam bonggol unta, ala-2 club night dress(ketat dan berbalut macam nangka nak masak),make up.mashaAllah* (tak terungkap)

*hanya gambar hiasan ok !

Jangan makeup over sangat yea kaum hawa sebab muka kita bukan BUKU MEWARNA

Tak ada pulak contoh makeup style badut nie (sedap panggil sikit daripada tut..tut)Ala yang pakai blusher merah2 pink gila2 tue.alarh yang bulat2 kat pipi tue.ha alarh,yang binatang ada pipi merah-merah tue.tak caya cer try stalker kat Mall -2 berdekatan.hehe oh...dah lebih*maaf yea.tapi dekat sini tyra bukan nak pandang hina kepada yang make up tebal camtu. tak..tak..tyra cuma nak korang pikir..cantik ke macam tue? korang tengok cermin,lawa kea? entah..tapi pada mata tyra serius macam tue. bagi tyra tak pakai makeup atau just neutral make up lagi lawa.tak salah make up tapi jangan tebal sangat macam cina opera tue. 

Jadilah diri sendiri itu lebih baik.Kita ikut cara islam itu lagi terbaik. Kita make up cara islam.Caranya ,untuk dapat muka bersinar-sinar 'Nur' dengan air wuduk.Solat 5 waktu tidak tinggal.Biasakan selalu berwuduk itu lagi terbaik. Untuk bibir berseri-seri merah-merah dengan berzikir dan membaca Al-Quran. Mata yang comel ala anak patung dengan  menjaga pandangan,selalu melihat Al-Quran,Bila kita menjaga pandangan,Allah sayang kita,Allah jaga mata kita.Itulah orang panggil muka 'Nur'see?? cara islam tak payah keluar 1 sen pun.Cara 1/2 islam perlu bajet duit untuk makeup berbilion ringgit,perlu masa untuk bermake up tapi cara islam kejap jea extra dengan pahala lagi.ya tak?

*Ambil iktibar daripada bibit-bibit kata dibawah nie dan pastikan anda kosongkan fikiran.Berfikirlah saat ini kita kembali kepada diri kita yang asal.yang neutral*


"Perempuan tak cun boleh nampak cun dengan mekap tebal.
Lelaki tak hensem, boleh nampak hensem dengan dompet tebal"

Tapi 

"Perempuan dan lelaki yang beriman,
 walau tanpa mekap dan dompet tebal akan tetap cantik dan hensem dengan nur keimanan di wajah"

****
☀☀Perempuan yang perasan cantik☀☀
✿Perempuan yang perasan cantik akan mendekati dengan lelaki,
✿Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
✿Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
✿Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
✿Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling ‘cute’,
✿Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

☀Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:
✿Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
✿Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
✿Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
✿Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
✿Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
✿Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi ‘kumbang’,

>>Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman,taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah,bukan    menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu.

****


Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagung-agung kan...
Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan...
Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita...
Kerana kedua duanya adalah anugerah TUHAN...

****


Setiap kali pakai telekung , tengok muka kita kat cermin dan cakap , " macam ni la wajah aku nanti ketika nak dikafankan , bezanya sekarang ni boleh maintain senyum , masa dah arwah nanti, tak tau
macam mana.." Allahu Rabbi.
****

Entahlah.aku selalu terbayang macam manalah perasaan lelaki yang berkahwin atas dasar muka palsu nie.oh noo..tak dapat ouh ! dan aku juga selalu terbayang kalaulah lelaki sekarang pun ada menda-menda make up camtu macam manalah.habis-habis.boleh koma time malam pertama doe.

****

" Kain apa yang menempek kat muka tu ?"

" Alamak , macam ninja la !"

" Selalunya orang pakai tutup muka ni , orang
jahat ."


" Buat apa la nak tutup , bukan dok negara Arab ."

Pasti ayat-ayat di atas pernah dirasai oleh sahabat-
sahabat muslimah yang mengenakan niqab . Di
pandang pelik bagaikan alien , dipandang sinis oleh
segenap ruangan pelosok manusia . Apa yang
peliknya ?

" Ni kan malaysia, bukan arab . Nak pakai macam
tu bagai ."

" Tak pakai purdah pun solehah jugak .."

Eh , siapa cakap pakai purdah , niqab solehah ?
Yang memakai niqab ni pun manusia jugak kan ?
Kalau dah namanya manusia , makhluk ciptaan ALLAH , tak ada yang sempurna . Tetapi sekurang-kurangnya dengan terpalit sehelai kain kecil kat wajahnya itu , membuatkan seseorang tu makin dekat dengan ALLAH .

Nak cakap bukan budaya kita ? Bukan budaya di
Malaysia ?

Ok , sekarang cuba bagitau adakah pakaian yang TAK MENUTUP AURAT tu , terbuka sana , terbuka sini, tak cukup kain lah , dan
berbagai lagi . Adakah ia budaya kita disini , budaya
ORANG ISLAM ?

~ Sila tepuk dada dan tanya iman ~

Keras tapi begitu bermakna kata-kata ini.tq so much FACEBOOKER budiman :)


Islam bukan anti fesyen , Islam hanya ANTI DEDAH AURAT DALAM BERFESYEN . Muslimah !
Jangan risau , antunna masih boleh menutup aurat dengan berbagai cara . 
Islam kan mudah :)



*saya comel dengan hijab.MUAH !*


2 comments:

..commentHtml/>

Assalammualaikum!
Komen di sini OK!
Thanks sudi blogwalking ^_^

 
 photo q13_zpsop67oge3.png