Assalammualaikum w.b.t
Dah lepas dah pun raya aidiladha kan? kejap jea.Siapa sini posa arafah hari tu??cuba angkat kening??hehe..tahniah kepada anda , anda sekalian yang berpuasa hari tu kerana anda , anda adalah insan yang bertuah dan inshaAllah mendapat keberkatan daripadaNya :)
Little evidence 
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)Daripada Sayyidatina Aisyah telah berkata :
'Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah' – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)
Sesungguhnya,orang berpuasa pada hari arafah Allah s.w.t menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepasnya. Hari nie tyra nak share sikit dengan korang pasal kesalahan2 semasa solat yang sering kita buat tanpa kita sedar.Take note ok ! Solat ni tak boleh dibuat main.Perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah s.w.t di akhirat nanti adalah solah(solat). Kalau solat pun ala kadar,main-main macam mana nak berjaya akhirat?ya tak?
Antara kesalahan semasa solat :
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?” “Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)
Berusahalah menjaga solat.Solat diawal waktu,bila dengar jea azan terus ambil wuduk,solat.Perbaiki mana-mana yang salah , rukun qauli yang mana tak terbuat tanpa sedar.
note kayangan








