1 Feb 2016

Review LA Girl HD Pro Concealer dan tip hilangkan Eyebag

Assalammualaikum

Welcome to February! Tahun ni tahun lompat tau. Iaitu tahun yang ada 29 hari bulan. Tahun special sebab orang yang tarikh lahir 29hb sambut 4 tahun sekali jer. Kecian kan??tapi bukan tiralah..hehehe. Hari ni bukan nak fokus pada February tau tapi tira nak share review satu product yang mungkin boleh tolong orang-orang yang bermata panda macam tira nie. Tapi tira punya eyabag taklah macam bengkak teruk just ada tapi tak ketara. Tapi still eyebag tu buat kita nampak macam  sakit kan? Aku pun tak tahu bila dapat eyebag tahu jer dah da. Mulanya buat tak heran ja last bila adik sendiri tegur macam orang sakit tak seri katanya. Sebab tulah tira tercari-cari concealer untuk menghilangkan eyebag.

  
  At first, tira ada beli concealer maybelline dekat Watsons dengan harga bawah RM20. Murahkan??



Pernah tak bila kita pakai concealer untuk hilangkan eyebag ataupun dipanggil dark circle dan bila tengok cermin bawah mata tu macam kelabu asap atau terlebih putih tak neutral? Pastu rasa ketara lagi adalah eyebag tu. Dari biasa ja eyebag terus nampak lagi teruk sebab concealer tu jenis tebal dan tak neutral pada kulit bawah mata yang gelap. Gelap campur putih makanya jadilah kelabu. hehe

So tira pun survey dan survey rupanya kulit asia , kulit melayu macam kita ni perlukan corrector untuk meneutralkan warna kulit dan concealer yang hendak diaplikasikan tu. So tira beli corrector LA Girl HD Pro Concealer Orange dengan harga RM25. 


 Mudah digunakan sebab ada bulus2 

 cara aplikasi concealer yang betul

 Cara yang betul untuk aplikasikan corrector dan concealer

Salah satu video kasih sayang dari youtube. Boleh nampak kan beza tanpa corrector dan dengan corrector 
Corrector orange bila apply memang pelik macam tu tapi bila dah blend neutral ja !

Kiri: with corrector orange Kanan: tanpa corrector
kanan tu macam kelabu sebab more pigment 

P/S : That all for today. Kalau rajin kita bagi tip lain pula yer 


31 Dec 2015

Selamat tinggal 2015

Assalammualaikum

Cakap-cakap pasal tahun baru nie kan mesti semua akan fikirkan azam baru kan? Ya tak. Walaupun blogger ni dah hidup mati segan tak mahu kan tapi aku still setia jugak  nak log in blog dan baca entry orang. Sebab aku rasa menulis ni tak semua orang mampu untuk menulis dari hati dan beri inspirasi dekat orang. Sebab tu aku suka baca blog orang sebab bagi aku sangat2 beri 'inspiration' untuk life kita, tips yang boleh diguna pakai oleh kita. Kalau lah tak wujud blog nie mesti zero knowledge dari pengalaman orang. Cakap pasal pengalaman nie, boleh jugak jadi revision ni untuk subject philosophy aku dalam topic 'art as experience' dari falsafah barat ni iaitu John Dewey. 


Pengajaran dia dekat sini, ujian yang datang dalam life kita masa 2015 tu kita amik pengajaran. Memang banyak sangat dugaan sepanjang 2015 nie bagi aku. Tipulah kalau sepanjang hidup lancar dan zero dugaan. Walaupun bab study dah kurang stress tapi Allah uji aku dengan perkara lain. At the end, kita kena redha selepas apa dah jadi dan jadikannya tauladan. Percayalah bila Allah tarik kebahagiaan kita, Allah akan gantikan dengan perkara baik lepas nie. In sha Allah. Bear in the mind, kita mesti selalu bersangka baik  denganNya.

Wishlist tahun 2016? Hope tahun 2015 jadi tauladan buat aku dan moga2 segala ibadah kita diterimaNya.   Untuk 2016? Nak body fit dan sihat.  In sha Allah dengan izinNya. Mak aku kata harapan jelah macam mana nak fit malam2 pun makan coklat lagi. Aiyokk... hehe Nak cerita azam 2016 ni memang tak abis lah sampai pukul 12 nanti. hoho. Moga apa-apa pun target yang membaca entry ni tercapai dengan kehendakNya. Kita semua bole yang penting kena ada plan dan tindakan. Kalau wish jer  memang tak jalan la yer.  Aku ucapkan Selamat Tahun Baru semua!!!

Dah2 la atiera. Sambung study !! Best gak study sambil dengar instrumental piano :)




 
 photo q13_zpsop67oge3.png