31 Dec 2015

Selamat tinggal 2015

Assalammualaikum

Cakap-cakap pasal tahun baru nie kan mesti semua akan fikirkan azam baru kan? Ya tak. Walaupun blogger ni dah hidup mati segan tak mahu kan tapi aku still setia jugak  nak log in blog dan baca entry orang. Sebab aku rasa menulis ni tak semua orang mampu untuk menulis dari hati dan beri inspirasi dekat orang. Sebab tu aku suka baca blog orang sebab bagi aku sangat2 beri 'inspiration' untuk life kita, tips yang boleh diguna pakai oleh kita. Kalau lah tak wujud blog nie mesti zero knowledge dari pengalaman orang. Cakap pasal pengalaman nie, boleh jugak jadi revision ni untuk subject philosophy aku dalam topic 'art as experience' dari falsafah barat ni iaitu John Dewey. 


Pengajaran dia dekat sini, ujian yang datang dalam life kita masa 2015 tu kita amik pengajaran. Memang banyak sangat dugaan sepanjang 2015 nie bagi aku. Tipulah kalau sepanjang hidup lancar dan zero dugaan. Walaupun bab study dah kurang stress tapi Allah uji aku dengan perkara lain. At the end, kita kena redha selepas apa dah jadi dan jadikannya tauladan. Percayalah bila Allah tarik kebahagiaan kita, Allah akan gantikan dengan perkara baik lepas nie. In sha Allah. Bear in the mind, kita mesti selalu bersangka baik  denganNya.

Wishlist tahun 2016? Hope tahun 2015 jadi tauladan buat aku dan moga2 segala ibadah kita diterimaNya.   Untuk 2016? Nak body fit dan sihat.  In sha Allah dengan izinNya. Mak aku kata harapan jelah macam mana nak fit malam2 pun makan coklat lagi. Aiyokk... hehe Nak cerita azam 2016 ni memang tak abis lah sampai pukul 12 nanti. hoho. Moga apa-apa pun target yang membaca entry ni tercapai dengan kehendakNya. Kita semua bole yang penting kena ada plan dan tindakan. Kalau wish jer  memang tak jalan la yer.  Aku ucapkan Selamat Tahun Baru semua!!!

Dah2 la atiera. Sambung study !! Best gak study sambil dengar instrumental piano :)




5 Sept 2015

Bercuti di Bali Indonesia

Assalammualaikum dan hye semua !

Dalam masa tak kurang 24 jam aku akan berangkat ke shah alam dan berakhirlah cuti sem yang bahagia ni. Sebabnya first time cuti sem lepas raya so aku berayalah selama 2 bulan hehe. Best puas raya bila cuti semester masa degree ni. Masa diploma dulu cuti raya dalam 6 hari pastu terus rushing nak balik perak dah. U know bertapa sedih dan targisnya cuti raya sekejap ja?? 

Back to the topic, aku sebenarnya nak sharing sedikit sebanyak percutian  bersama family masa awal bulan June hari tu. Berkurun dah boleh jadi sejarah barulah nak share yee.First dengar mak cakap booking tiket ke Bali aku just fikir permandangan laut dan orang putih berjemur dekat tengah panas.Tapi bila sampai ja sana takdala aku selalu nampak mat salleh seksi merata2 cuma dekat satu tempat dekat Pantai Padang tu ja aku nampak scenery tu.hehe. Nasib la adik dan ayah tak join turun pantai kalau tak untung lah tambah dosa eh. Cuaca sepanjang dekat sana sentiasa panas,tak hujan pun lebih kurang cuaca kat Malaysia ni jugak cumanya waktu kat gelap awal sejam dari Malaysia. 



Biru sangat!! i loike biru ^^




Rasa di awang-awangan gitu.

Pantai yang betul-betul menghadap lautan china selatan. Sangat luas dan berangin. Sampai mak risau sangat bila adik bongsu nak datang dekat tebing. Takut jatuh gaung mampus jadi kes plak kan. Kat sini memang heaven gila dengan birunya dengan anginnya. Tapi bestnya datang masa tengahari so memang abis burnlah aku sebab tak pakai langsung sunblock. Just semata-mata dengan bb krim ja. Bila dekat bali tak sedar pun muka dah gelap, bila dekat kelas baru orang tegur muka dah gelap. See bertapa aku menghayati gila permandangan dekat bali sampai tak care langsung diri sendiri.hehe. 


Ini lah dinamakan dengan Pantai Padang. Memang padang sangat dengan mat salleh yang seksa you know!! Kalau kita orang bertudung ni memang sangat terpelik sangat bila kita jalan-jalan kat depan tu. Sebab memang tiada satu pun manusia yang bertudung dekat sini, SUMANYA FREE ;-D so beware lah siapa2 yang datang dengan husband or kawan lelaki bagi tahu siap2 dekat driver or supir skip pantai ni.hehe



Dekat bali ni memang sangat terkenal sangat dengan temple hindu atau pun dipanggil 'pura'.Family tira just melawat satu ja 'pura' sebab supir ni pun orang islam so dia cadangkan pergi pantai , kawasan sawah dan Uluwatu iaitu salah satu tempat sejuk di Bali.Kat Uluwatu ni lebih kurang sejuk macam Cameron Highland jugaklah cumanya tiada teh ja. Kat Uluwatu ni famous dengan mayat gunung berapi. Tapi mak tak kasi tengok tempat2 mayat ni takut jadi apa2 kan. Lagipun tempat dia agak menakutkan..huhu. Tapi seriously, aku rasa nak tengok sebab mesti adventurekan tengok mayat real2 depan mata. Omg..tengok ceta hantu pun takut inikan plak nak tengok mayat. Tapikan aku biasa dengar cerita daripada cikgu geografi aku yang jadinya gunung berapi tersebut disebabkan Allah nak lenyapkan agama hindu dekat situ. Wallahualam. Sumanya mesti ada sebab musababkan?
Sampai sini dulu cerita pasal Bali nie. Be continue next episod ya. Haa dah macam cerita tv dah tira nie. In sha Allah jikalau diberi nafas dan nyawa untuk beribadat lagi.   Tira mau tido dulu esok nak gerak dah ke Shah Alam. Ingat niat belajar bukan kerana ilmu, tetapi kerana Allah.Nak tak nak pasni memang tak bole dahla nak goyang kaki , tengok tv sambil makan maggi. Itu pantun k. Doakan tira untuk semester 3 degree nie. Tup..tup dah abis dah sem. Kejap ja belajar nie kan? Waktu belajar nilah paling best u know. Time kerja nanti komitmen dia lain macam sikit. kan-kan sifu sekalian? Bobye uoallss 

22 Mar 2015

Bercuti di Ho Chi Minh, Vietnam

Assalammualaikum

Berkurun lamanya..hehe.Yalah aku bukannya blogger tegar pun...hanya blogger picisan yang saja suka-suka share story. Kadang ada mood aku nak share story aku laju ja nak taip, takda mood jangan harap aku nak menaip. Sebenarnya aku pergi vietnam ni dah lama tahun lepas lagi,tak silap cuti sekolah bulan 12 dan masa tu aku cuti dah habis diploma.Alhamdulillah,selamat pergi dan pulang ;-) Flight dari KLIA ke bandar Ho Chi Minh hanya mengambil masa selama 1 jam setengah. Sekejap ja kan? 

Permandangan dari luar jendela flight memang cantik sebab dari atas nampak Sungai Mekong yang bersimpul-simpul tu. Tapi aku tak ambil pula gambar sebab telinga aku berdesing sikit.huhu. (favourite kalau naik flight memang suka ambil gambar atas udara)


Terserlah ke'cbubby'an aku yang azali :-P

Bandar Ho Chi Minh memang terkenal dengan sebuah bandar yang dipanggil 'syurga wanita' sebabnya sini memang sesuai sangat bagi wanita-wanita dan gadis-gadis yang suka bershopping :-) yeayy!! Memang sangat betul sebabnya masa aku pergi tu pun memang ramai sangat orang Malaysia melancong kat sana. Sampai ayah aku kata 'ingat datang sini nak berjalan bukan nak shopping!' sorry ayah..anakmu tak dapat membuang nafsu shopping..hehehe.



Kami menetap selama 5 hari 4 malam dekat sana. Berbaloilah stay dekat sini sebab harga berpatutan tapi tengok jugak jenis hotel dan hari. Bilik pun besar, 2 katil queen dan tempah 2 bilik. Cuma tak bestnya kedai makanan halal dekat sini terhad dan memang sedia maklum memang sangat mahal jadi kalau nak jimat pastikan bawa bekalan dari Malaysia ehh ! Nasib ada kenalan mak yang kenalkan pemandu pelancong yang pandai cakap melayu. Kalau tak cakap macam ayam dan itiklah..hehe. 

Taman dalam bandar

Keadaan night market



Galeri Seni

Makanan paling best kat vietnam







9 Feb 2015

Toturial Icon atau favicon

Assalammualaikum !

Pada sesiapa yang tercari-cari favicon atau icon cute untuk post bolehlah ambil di sini 

Barbie Pink Smile

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

Fairy colour
                  
                   
                   
                    
                   
                  

Girly Smiles
                                                                                                            

Mini Cute one

                                                                                                                                                                                                                                        

Pastel smiley




Freebies untuk semua. Cute kan?? 
 
 photo q13_zpsop67oge3.png