Assalammualaikum !
Hi olls !
If u ask me hows Berastagi? Berastagi's cool ! Takla sejuk tahap kat New Zealand tu tapi kalau nak dibandingkan dengan Cameron Highland tu bolelah. Tapi yang membezakan Berastagi dan Cameron adalah udaranya yang lebih fresh dari bau pecemaran. But why? sebabnya dekat sini tak ada construction yang giat dijalankan macam kat Cameron. Favourite mak adalah tempat yang sejuk so tak larilah. First jejak kasih kat sini rasa best sebab udaranya yang sejuk dan segar. Wajib buka tingkap kereta. Haa sedutlah udara berastagi tu bawak balik Malaysia juga. Pun bole.
Btw, tyra stay indonesia dalam 4 hari 3 malam. Malam sampai medan tu stay kat medan. Hari seterusnya setengah hari jugak travel dari Medan ke Lake Toba. Cerita pasal Lake Toba tyra dah cerita pada entry yang lepas.[sini] Opss..terlupa pulak on the way ke Lake Toba mesti try satu rumah makan muslim(orang indon panggil nak bezakan rumah makan) yang specialnya dengan burung bakar. Mesti cakap nak stop, NAK TRY !! Tapi tyra konfem mesti pemandu pelancong behenti perkena dululah. Cara di rumah makan ini secara hidang so jangan pelik bila baru duduk berdozen makanan satu2 diletak di atas meja. Ingat ambil yang mana mahu makan dan berkenan. Jangan nak jadi pelahap sangat sampai semua nak masuk tangki perut.
Selepas melalui jalan2 kampung yang sempit, rumah2 kampung yang sangat hampir dengan jalan raya, dan kebun2 kopi, kobis dan limau manis, kami sampai ke Kaban Jahe. Di sini, kami terus ke tebing tinggi di tepi Danau Toba dan melihat pemandangan air terjun Sipiso Piso yang mengalir masuk ke Danau Toba. Air terjun Sipiso Piso 120 meter tinggi.
Dari pagi hinggalah ke senja barulah kami sampai di Berastagi. Berastagi masa tyra pergi hari tu sejuk tetapi kalau waktu gunung berapi aktif Berastagi memang akan ditutup.yelah dah tak selamat takan nak duduk situ lagikan? Yup kawasan sekitar Berastagi adalah kawasan aktif gunung berapi tapi jangan risau kat sini selamat. Tyra dapat info ni dari warga tetap indonesia k ini bukan auta ok.hehe.Dekat magrib barulah tyra check in Hotel Sinabung Hills.Kat hotel ni pun ada swimming pools wajib ada.Some info kalau nak senang hal mengenai menempah hotel ni korang tempah saja melalui Agoda.com. Kita boleh survey keadaan hotel dan harga hotel disamping dapat keistimewaan lagi.
Malam tu tyra sekeluarga keluar makan di pekan Berastagi. Best keluar malam-malam. Wajib kalau datang pekan ni makan sate kerang.Best sangat,nampak ja apa niee..tapi bila makan mesti nak lagi..konfem !
Esok paginya pulak kami berjalan-jalan di pekan berastagi.Dekat sana ada jual bunga,buah-buahan,hadiah ,baju-baju..maksudnya shopping!!!..hehe..kat sini tyra dan adik tyra,alya menunggang kuda.yay! best.aktiviti yang tyra sangat dan mahu mencuba.Sana pun ada makan-makan yang best-best.Jalan2 dan terjah sahaja..
P/S : last but not least.enjoy your happy time with your lovely person.Waktu paling best adalah bersama orang tersayang. Jangan sesekali mengecewa orang yang kita sayang dan percaya. Sekali kita menyakiti orang tersayang,mungkin rasa percaya dan sayang itu akan hilang.Jadi hargailah ! Miss u my lovely person :-)
3 comments:
Assalammualaikum!
Komen di sini OK!
Thanks sudi blogwalking ^_^