28 Apr 2013

Nak tahu cara tangani "bad mood"?


Tipulah kalau sorang daripada semua kita ni tak pernah bad mood.Tyra kalau bad mood memang akan diam,malas nak cakap,kalau nak buat 'fake smile' tu kira tererlah.Tapi kalau jumpa orang yang menyebabkan bad mood rasa nak penampor jea.hehe.ganaskan.dalam hati jelah.Realitinya tak sanggup pun.Mungkin cara cakap kut bole tahu dahla tyra bad mood.mungkin.Mood adalah sebahagian daripada kita.Kita patutnya boleh atur mood kita,boleh kawal mood kita bukan mood yang mengawal kita.ya tak? so,jom2 tengok apa patut buat yea kalau kita bad mood?

Bercakap 'sorang-sorang'
Mesti dalam kepala otak korang nak cakap cara ni gilakan?keep calm.relax.tahulah marah pun.Btw,maksudnya kat sini kita cakap dengan diri kita sendiri.Contohnya,bro,coollah,hang x cutelah marah2 nie.cer senyum macam gini :)Tenangkan diri sendiri.  Cakap dengan diri cara apa aku patut buat nak settlekan problem ni.

Fikir,fikir sebelum bertindak
Kita kalau marah mesti nak lepaskan marahkan? Rasa nak cakap ja apa yang tak puas hati dekat someone tukan? Tulah kita panggil bertindak sebelum berfikir.Memanglah best lepaskan marah pada yang buat kita bad mood tu tapi nanti dihari kemudiannya mesti tak bestkan?Takan nak mongok lama-lama plak kan?surelylah memang tak bestlah.Jadinya, caranya apa-apa pun kita nak buat,kita pikir dulu apa yang patut dan tak patut kita buat.

Lepaskan
Caranya dengan menulis.Tak kisah dekat mana sekalipun,dekat diari bole,blog pun bole dan yang terbaru application marble diary dalam smart phone.Korang bole downloadnya dekat play store dalam gajet korang.Best  sebab dia comel dan senang digunakan pada bila-bila masa sahaja korang nak tulis.Time suka ria pun bole.Ingat yea.marbel diary.Walau bagaimanapun,tenangkan diri dengan sujud lama pada Allah s.w.t adalah terapi yang paling mujarab sekali.Pastu berdoa panjang-panjang,mengadu padaNya buat kita rasa tenang lepas tu.












Dengar muzik
Muzik memang ajaib.Buat tiba-tiba kita bad mood,malas nak pikir kita dengar lagu kejap.Apa-apa ja lagu yang menenangkan.Yang nie kena ikut citarasa jugalah.Dengar zikir k,melodi yang suka ria k,yang rancak k..ok terpulanglah yang mana korang rasa ok.

Meluahkan dukacita
Kalau korang ni jenis yang harus ditemani cari someone yang korang percaya dan yakin dia takan cerita masalah korang dekat orang lain,memalukan korang dikemudian hari ke apa.Luahlah segala-galanya lepas tu mesti ok sikitkan?Sekurang-kurangnya hilang juga beban tu.ya tak?

Jangan peduli
Jangan terlalu perduli atau ambil kisah cakap-cakap 'kawan',guru,atau orang tua yang boleh mendownkan kita.Bukan dekat sini lawan cakap atau tinggikan suara.Dengar memanglah dengar tapi tak ambil kisah sangat.huhu.kita chill jea :)

Makan banyak-banyak
Kalau tyra of coz lah coklat. Beli kat market pastu makan sorang-sorang.memang terbaik!Fakta yang tyra dapat daripada satu laman web ni.Coklat ni ada sejenis kebaikan dipanggil 'theobromine' iaitu rasa pahit pada coklat.Lepas makan coklat mesti kita akan rasa gembira dan mood rasa ok sikit.Jadinya,jom makan banyak-banyak yeah!!


2 comments:

..commentHtml/>

Assalammualaikum!
Komen di sini OK!
Thanks sudi blogwalking ^_^

 
 photo q13_zpsop67oge3.png