15 Feb 2016

Nervous !

Assalammualaikum


Sorry sesangat aku lambat membalas blogwalking korang2 semua eh. Line tenet macam siput ja tak tahu napa. Btw, hati ni nervous gila nak dekat 18 hb ni. Sebabnya dah nak keluar result final semester dah !! 3 hari ja lagi. Buat student uitm be alert ya. 18 hb ni keluar result wehh !!

Tak nak bebel banyak. Yang mana suka giveaway jom join jom. Tengok dekat recent post yang gerak-gerak tu ok !

9 Feb 2016

Wajah baru by Leya Yeolly

anime, nice, and anime girl image

Assalammualaikum

Langkah baru, wajah baru !

Hari tu tira ada cakap tira dapat edit percuma dari someonekan ? Yeayy akhirnya dah siap ! Actually dah lama dah siap tapi tira pergi bercuti so takda masa nak buka blog. Tira just tengok dekat phone ja. Tapi tu pun dah tengok cantik dan kemas sangat. Thankyou sangat Leya Yeolly sebab hasilkan masterpiece yang sangat comel dan tira suka sangat lebah-lebah terbang tu. hehe. 

So yeay nilah blog baru tira dari top to footer hasil kreatif dari Leya. Bole tengok sini . Puas hati sangat ! Walaupun edit percuma layanan Leya memang tip top ! Kena tahu tema dan header tu nak letak gambar atau word sahaja. Then tira ingat Leya terer buat doodle tu request tu. Tapi akhirnya Leya dengan gigihnya sedaya upaya buat jugak. Aiyaa..makasih sangatt !! Love dekat part doodle tu siap ada kamera   dan maggi ke tu haha macam tahu-tahu ja tira suka  makan dan minat ambil gambar. So nice dan lovely 



Sangat kemas dan cantik. Tira like3 Korang kalau nak edit blog atau nak buat blog untuk perniagaan bolelah tempah pada Leya Yeolly  Memang senang pakai denim template daripada classic template. First iklan dah bole up. Kedua officially design blog kita sendiri dan lebih semangat nak post entry. 

3 Feb 2016

Kemenangan yang tak disangka !

Assalammualaikum blogger tersayang dan tercinta !

Well sekarang ni tira tengah puas bercuti semester sehingga akhir bulan 2 ni. Sebab tulah tengok tira rajin ja nak membalas blogwalking,join segmen, join giveaway. Lepas ni takda la nak nampak tira kat blog nie. Bayang pun tak. hehe. So dah cuti takda buat pa sangat dari buang masa kita join la giveaway k segmen. Sekurang bole tambah ilmu dari penulis blogger ni dan yang beshhh nya dapat ganjaran yang tak disangka. Feeling dia macam dapat hadiah cabutan bertuah kut!! Happy sangat macam terlompat2 atas katil. Bukan macam dah memang dah terlompat dah pun -_- hehe

First tira menang giveaway ini dan blog ini menjadi bloglist untuk Blog Aisyhah Nyais. Yang tak sangka tu ramai kut yang join dan terpilih untuk masuk bloglist ecah. Alhamdulillah. Rezeki orang bercuti kut.hehe.

   http://apple-crunchh.blogspot.my/


Dan..dan..dan yang paling beshhnya kan tira dapat peluang diedit untuk 'ong' kedua iaitu dalam give away by Leya Yeolly. Boleh tengok sini
  http://leyastorymory.blogspot.my/2016/02/pemenang-untuk-segmen-bersama-leya.html

Tahniah?? haishh ni excited nie. ^_^ 

Alhamdulillah..bole lah merasa blog diedit tanpa template classic. Bukan apa sebabnya dengan template classic ni first orang tak boleh komen, just dekat chitchat ja. Then, satu lagi nak buat refund iklan Adsense tak boleh. Tu sadis tu. Bukan tak best blogskin..besh memang beshh tapi terhad kita nak edit. Tak sabornya nak dapat wajah baru untuk blog nie. Akak manis Leya ! thankyou yer sebab anjurkan giveaway ni. Love you ! 

Moral of story : Just join giveaway dan tawakal. Rezeki kita ada ja dimana-mana cuma di tempat berbeza-beza ^_^ Say Alhamdulillah ! 

1 Feb 2016

Review LA Girl HD Pro Concealer dan tip hilangkan Eyebag

Assalammualaikum

Welcome to February! Tahun ni tahun lompat tau. Iaitu tahun yang ada 29 hari bulan. Tahun special sebab orang yang tarikh lahir 29hb sambut 4 tahun sekali jer. Kecian kan??tapi bukan tiralah..hehehe. Hari ni bukan nak fokus pada February tau tapi tira nak share review satu product yang mungkin boleh tolong orang-orang yang bermata panda macam tira nie. Tapi tira punya eyabag taklah macam bengkak teruk just ada tapi tak ketara. Tapi still eyebag tu buat kita nampak macam  sakit kan? Aku pun tak tahu bila dapat eyebag tahu jer dah da. Mulanya buat tak heran ja last bila adik sendiri tegur macam orang sakit tak seri katanya. Sebab tulah tira tercari-cari concealer untuk menghilangkan eyebag.

  
  At first, tira ada beli concealer maybelline dekat Watsons dengan harga bawah RM20. Murahkan??



Pernah tak bila kita pakai concealer untuk hilangkan eyebag ataupun dipanggil dark circle dan bila tengok cermin bawah mata tu macam kelabu asap atau terlebih putih tak neutral? Pastu rasa ketara lagi adalah eyebag tu. Dari biasa ja eyebag terus nampak lagi teruk sebab concealer tu jenis tebal dan tak neutral pada kulit bawah mata yang gelap. Gelap campur putih makanya jadilah kelabu. hehe

So tira pun survey dan survey rupanya kulit asia , kulit melayu macam kita ni perlukan corrector untuk meneutralkan warna kulit dan concealer yang hendak diaplikasikan tu. So tira beli corrector LA Girl HD Pro Concealer Orange dengan harga RM25. 


 Mudah digunakan sebab ada bulus2 

 cara aplikasi concealer yang betul

 Cara yang betul untuk aplikasikan corrector dan concealer

Salah satu video kasih sayang dari youtube. Boleh nampak kan beza tanpa corrector dan dengan corrector 
Corrector orange bila apply memang pelik macam tu tapi bila dah blend neutral ja !

Kiri: with corrector orange Kanan: tanpa corrector
kanan tu macam kelabu sebab more pigment 

P/S : That all for today. Kalau rajin kita bagi tip lain pula yer 


 
 photo q13_zpsop67oge3.png