8 May 2014

Bercuti di Medan Indonesia


Assalammulaikum !
Hye!


Masa ni tyra teringat percutian bersama family masa bulan 4 yang lepas..best sangat....walaupun perjalanannya sebenarnya kejap ja..dalam 30 minit ja dari International Airport Penang..Tak rasa puas kut.tak kebas pun..duduk atas flight sebab kejap sangat kan..
Btw,masa first day tu tyra dan family bermalam ni Hotel Grand Sakura.Tapi sampai pun malam dah masa tu so no pic.just nak tido dan rehat.yang bestnya jumpa cowok indonesia persis pelakon gituu..hehe.makasih ya tolong angkatkan beg2nya. :-)


Salam sore indonesia !

Hari setrusnya after breakfast kami bertolak ke Lake Toba.Punya la lama dalam 6 jam gituu macam dari Penang ke KL pun ada kalau melalui highway.Jalan dia memang terbaik macam race tak berbayar..sebab apa, orang indonesia kat sini kalau memandu mesti hon ja selalu..potong sikit hon...tak payah dah nak bagi signal ke apa ke janji keberanian dan kepantasan..kalau la tyra drive tak tau la sampai ke tak..hehe..btw.sepanjang percutian ini,kita mesti lah ada transportkan? nak cari kat mana ?tak yah susah2 sampai ja airport dekat Kuala Namo tu dah berderet2 orang datang promote servis bawa berjalan2 di sini..check list,check dulu mata wang diorang dengan kita.tengok berbaloi ke tidak..jangan pakai terjah ja tau.kang t kena cekik darah baru tau nyesal..hehe

Moment di Lake Toba, Patra Jasa , Perapat Resort






Dibelakang adik tyra ni adalah permandangan bukit-bukau yang berada disekeliling Lake Toba.Cuba la bilang berapa banyak bukit tu.Tu baru sikit tau.Memang luas sangat Lake Toba ni.Kata pemandu pelancong tyra,Lake Toba ni terjadi beribu tahun yang lalu disebabkan letusan gunung berapi.Hasilnya terjadilah kawah besar yang menangkung air maka jadilah Lake Toba.Ditengah Lake Toba itu pula ada sebuah pulau.Caranya dengan menaiki bot.Sedikit info,dekat sini ada satu suku kaum dipanggil Batak.Kebanyakkannya orang di kawasan ini menganuti agama kristian yelah sebabnya banyak sangat jumpa gereja sepanjang perjalanan.



Jeti Lake Toba


Suku kaum Batak Karo




 My sis, Mimi


Sampai sini saja dulu cerita tyra.Behenti setakat di Lake Toba.Nanti tyra sambung pulak dekat Berastagi yea..see u soon ^_^ 

P/S : dalam entry ni terlebih banyak gambar dari cerita.Hope korang enjoy!!  bersyukur masih lagi bernafas sekarang sebab masa family pergi nie rasa takut sangat naik flight sebab hangat dengan berita2 MH370 dan macam2 lagi masalah mengenai flight.Satu jea,kita mesti berpegang pada qada dan qadar Allah yang tentukan.Kita kena pegang kukuh pada itu.Alhamdulillah.


 
 photo q13_zpsop67oge3.png