12 Mar 2017

Backpacker ke Pulau Perhentian

Assalammualaikum hai !

Setelah dah tahun 2016 berlalu baru post ni berjaya di post akhirnya :-P Rindu nak menaip lama sangat tak menaip sebenarnya. Nak kata busy dengan assignment nampak sangat tipu benornya sebabnya baru semalam list deadline assignment baru penuh. Sebelum ni banyak kosong dan melayan movie ja.huhu. Bukan sebab malas ok tapi memang kos aku tak banyak assignment dan lebih pada kelas teori di kelas. So nampaknya akan busy selepas ni.  Sementara semangat menulis ni ada baik kita gunakan sebaiknya :-P 

Berbalik pada title post. Aku nak share pengalaman ke Pulau Perhentian. Konon-konon backpacker yelah sebabnya takan nak bawa beg roda kut pergi pulau. Dahla nak naik boat ala adventure tu. Nanti melambung beg tu baru tau menyesal. Actually best berbackpacker,gather2 dengan kawan ni. Rasa muda mudi gitu.hihi. Sebelum ni asyik dengan family ja kan nak jugak gather dengan kawan. Before pergi tu, aku adalah tanya orang minta pendapat dan tip ke sana ramai yang cakap, 

Pulau Perhentian masih bukak ke sebab takut musim tengkujuh.


Alhamdulillah masa pergi ke sana cuaca ok cuma masa first day petang tu hujan. Tapi esoknya dan lusa cuaca ok baik cahaya terang menyinari alam. Buat pengetahuan korang, Pulau Perhentian akan ditutup pada bulan Novembet dan akan dibuka March ini. Actually misi nak ke Pulau Perhentian dah plan sejak semester lepas lagi tapi sem ni baru la sungguh2 jadinya. hehe. Tak percaya pun ada dapat jejak ke Pulau Perhentian yang mana merupakan top 5 pulau tercantik di Malaysia. 

Aku pakai pakej dekat ig ni iaitu @pulauperhentiantermurah. Actually sangat untung dan berbaloi sebenarnya amik pakej sebab satu kita tak perlu pening-pening call satu2 hotel,snorkeling, boat dan makan. Aku amik pakej bajet ja iaitu Rm210 termasuk boat pergi balik, hotel 3 hari 2 malam, dan snorkeling. Aku cadangkan yang nak amik pakej amik sekali makan sebabnya makanan dekat tempat perlancongan kebanyyakan mahal dan cekik darah sikit. Bayangkan nasi goreng hari-hari makan kedai Thai tu bole dapat Rm5 tapi kat sini kebanyakkan RM11. Kalau sekali makan dah selamat dan tak payah pikir sekali bbq sekali tau !  Sepanjang dekat sana, kami hanya makan 2 kali makan nasi tu pun waktu lunch ja malam banyak melantak makan maggi dan milo. Nama pun BACKPACKER kan !!

So let check it out...

Belanja view senja hari kedua. 

Snorkeling  time !

 Banyak gila ikan kalau bole goreng makan kan best.

Masa snorkeling ni ada banyak checkpoit. Checkpoint paling seram bila time SHARK checkpoint. Tapi jangan risau in sha Allah selamat sebab shark sini tak makan orang. Maybe yang sudah dijinakkan. Maybe. 


p/s : ika, burn,tyra, aizah conquer Pulau Perhentian. Misi Tercapai !




3 comments:

..commentHtml/>

Assalammualaikum!
Komen di sini OK!
Thanks sudi blogwalking ^_^

 
 photo q13_zpsop67oge3.png